Cari, cari, carilah...

Tuesday, December 21, 2010

Dikaulah sahabatku

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakaatuh


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
Kenapa kanak-kanak, mahupun orang dewasa sering menginginkan sesuatu yang manis? Gula-gula, aiskrim, kuih-muih, semuanya dinikmati oleh mereka. Soalan ini sudah tidak perlu dijawab dan tidak perlu difikir panjang. Semua orang tahu bahawa sesuatu yang manis menjadi tarikan atau galakan untuk seseorang melakukan ataupun mendapatkan sesuatu. Begitulah juga iman kita. Selagi kita tidak dapat merasai kemanisan iman, selagi itulah tidak akan terasa dalam diri sanubari kita untuk meningkatkan iman kita.
Alhamdulillah, Rasulullah SAW telahpun memberikan kepada kita satu 'guideline' untuk mencapai kemanisan iman. Seperti yang diterangkan dalam hadith di atas, tiga perkara yang mewujudkan kemanisan iman adalah mencintai Allah dan rasulNya melebihi yang lain, Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan membenci jika diri dicampakkan kedalam neraka.
InsyaAllah post ini ana akan cuba memberikan sedikit sebanyak pandangan ana tentang perkara yang kedua, iaitu mencintai seseorang semata-mata kerana Allah SWT, sambil berkongsi tentang hadith ini yang telah ana pelajari sewaktu tingkatan 4 dulu (tazkirah kepada yang telah belajar). Kalau ada yang tersilap atau tertinggal poin atau nak tambah apa-apa, sila tinggalkan komen.


Apa maksud mencintai seseorang hanya kerana Allah Ta'aala? Dalam hal ini kita ketepikan dahulu soal cinta remaja, nikah kahwin dll. Kita cuba fokuskan perbincangan ini dalam konteks persahabatan. Kebanyakan daripada kita mempunyai ramai kawan, bermula dari tadika hingga ke universiti. Tidak kurang juga yang mempunyai sahabat pena ataupun berkawan melalui facebook, friendster (ade org gune lg ke?) dll. Namun, mungkin ramai yang tidak berapa jelas matlamat mereka dalam berkawan. Suasana di Jordan, apabila kita berkawan dengan orang-orang Arab yang 'juruh' atau berpegang pada agama, mereka akan mengucapkan kepada kita, "Uhibbuka Fillah". Perhatikan bagaimana mereka meletakkan satu tujuan yang jelas dalam sebuah persahabatan. Sebuah persahabatan yang menjanjikan satu ikatan yang kukuh dalam perjuangan. Sebuah persahabatan yang tulus ikhlas bersaksikan Yang Maha Melihat.

Persahabatan kerana Allah juga bukan hanya terletak pada kemanisan bibir yang mengucapnya sahaja. Ia hendaklah diikuti dengan niat di hati dan dizahirkan dengan perbuatan. Macam mana tu? Kita seharusnya meneliti apakah maksud yang tersirat dalam terma 'kerana Allah' ini. Bersahabat kerana Allah, pada ana terdapat 2 keadaan; kita bersahabat dengan seseorang itu kerana kesatuan fikrah dalam perjuangan Islam dan kita bersahabat dengan seseorang kerana ingin membawanya kejalan Allah. Fikirkan hakikat ini, sahabat-sahabat sekalian...Jika kita bersahabat dengan meletakkan cara sebegini, insyaAllah kita bakal merasakan kemanisan iman (di samping 2 perkara lagi yang disebutkan oleh Rasulullah SAW).

Moga-moga kita dikurniakan ikhlas dalam segala perbuatan kita, insyaAllah.



Friday, November 5, 2010

Tidurlah Wahai Muslimin...???

Tidurlah wahai muslimin sekalian...

Eh, kejap...

Bukankah muslimin pd hari sini memang sedang tidur? Dibuai mimpi dunia yang penuh keseronokan...

Apa yg ana maksudkan ni?..

Tidur yang ana maksudkan dalam tajuk di atas adalah tidur secara harfiah...Ya...tidur....zzzzz...

Nampaknya post ni menjadi semakin pelik...

__________________________________________________________________________________

Sahabat mulia Ibnu Abbas pernah bertutur:
"Suatu ketika aku pernah bermalam dirumah bibiku Muimunah untuk melihat bagaimana shalatnya Rusulullah, beliau berbincang sejenak bersama istrinya, kemudian tidur".

Dari Abu Barzah bahwasanya Rasulullah membenci tidur sebelum isya' dan bercakap-cakap setelahnya.

Al-Ha zh lbnu Hajar berkata:
"Dibencinya tidur sebelum Isya' karena dapat melalaikan pelakunya dari shalat isya' hingga keluar waktunya, adapun bercakapcakap setelahnya yang tidak ada manfaatnya, dapat meyebabkan tidur hingga shalat shubuh dan luput dari shalat malam". 


Kemudian Al-Ha zh menegaskan bahwa larangan bercakap-cakap setetah Isya' dikhususkan pada percakapan yang tidak ada manfaat dan kebaikan didalamnya.
Adapun percakapan yang bermanfaat maka tidaklah termasuk dalam larangan ini, sebagaimana diterangkan dalam sebuah riwayat bahwasanya Nabi bersama Abu Bakar
pernah bercakap-cakap hingga larut malam karena urusan kaum muslimin. 

__________________________________________________________________________________

Umat Islam pada hari ini diracuni satu masalah yang semakin hari dirasakan semakin biasa; itulah solat Subuh secara berjemaah. Kita perlu mengubah perkara ini. Sesungguhnya kekuatan umat Islam adalah pada solat Subuh! Hal ini diakui sendiri oleh Yahudi...mengapa kita umat Islam tidak merenungkannya?? Dan mengambil inisiatif untuk mengubat penyakit ini??

Ana sendiri pernah merasai racun ini. Kadang-kadang bukan kerana malas bangun subuh, tetapi tidak sedar pada waktu subuh...Kita mungkin mengelak untuk menyalahkan diri sendiri dengan mengatakan, "kalau xsedar takpe..yang berdosa tu kalau dah sedar tapi tak bangun".

Sahabat-sahabat sekalian, tidakkah berdosa kalau kita sering mengulangi kesilapan kita dan langsung tidak mencari jalan untuk membetulkannya?

Banyak hadith daripada Rasulullah SAW yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW tidur di awal malam dan menghidupkan penghujung malam...Ini adalah satu perkara yang praktikal, sahabat-sahabat sekalian..Apa salahnya kita tidur awal selepas waktu isya' dan bangun awal pagi?

Study


Kebanyakan daripada kita, terutamanya pelajar memberi alasan untuk tidur lewat kerana study...

Di sini ada satu persoalan...salahkah kalau kita tidur awal dan bangun awal untuk study di awal pagi?

Mana satukah lebih baik?

Mari kita buat perbandingan...

Study malam
Keadaan otak kita letih setelah seharian menjalankan aktiviti seharian. Study pada waktu                                                                                                       ini mungkin tidak berapa efisyen..walaupun ia nampak seakan-akan begitu...

Solat malam (tahajjud) sukar dilaksakan kerana tidur lewat

Ada kebarangkalian solat subuh lewat atau tertinggal

Study awal pagi
Otak kita menjadi segar di pagi hari, terutama sekali jika sebelum study solat malam

Solat malam (tahajjud) lebih mudah untuk didirikan setiap hari

InsyaAllah solat subuh tidak lewat lagi.

Begitulah sahabat-sahabat sekalian, besarnya hikmah sunnah nabi dalam kehidupan kita...Tapi kebanyakan daripada kita tidak menyedari keadaan ini.

Memang tak boleh tidur awal!

Mesyuarat itu, mesyuarat ini, main game, movie best...

Semua ini alasan...

Ana menulis post ini dengan hati...

Tidurlah awal sahabat sekalian...kecuali jika terdapat musyaqqah yang benar-benar mendesak..

Aturlah jadual harian kita berlandaskan jadual harian Rasulullah SAW...

Wallahu a'lam...

Wednesday, October 20, 2010

Bersama Anas el-Falestiini

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

InsyaAllah pada post kali ini ana berminat untuk kongsi sedikit pengalaman berbual dengan seorang sahabat Arab yang ana dan sahabat2 kenal di Masjid Jaami'ah Yarmouk, Irbid. Nama beliau adalah Anas. Anas berasal dari Palestin dan datang ke Jordan untuk mengambil kursus Master's Degree di Yarmouk University (xpasti takhassus ape).

Satu hari lepas solat maghrib di Masjid Jaami'ah, ana join sahabat ana yg tengah berbual-bual dengan Anas. Mula-mula diorang berbual pasal benda-benda biasa je..(kalau xsilap pasal beras nasi rasanya)..lepas tu entah macam mana masuk bab Palestin. Kat sinilah sebenarnya yang nak dijadikan cerita. Alhamdulillah selepas dengar cerita daripada Akhi Anas, mata hati ana lebih terbuka untuk mengenangkan nasib rakyat Palestin dan secara jujurnya dapat nampak dengan lebih jelas bagaimana sebenarnya kedudukan Gaza, Baitul Maqdis, West Bank & Palestin 1948. InsyaAllah pada post ini ana akan kongsikan setakat mana yang ana ingat dengan izin Allah Ta'aala.

Peta Palestin
\


Ini merupakan peta Palestine, secara mudah berbentuk tiga segi. Palestin ni terbahagi kepada tiga kawasan yang jelas; West Bank atau al-Dhuffah al-Gharbiyyah, Palestin 1948 (tertulis dalam peta sebagai Israel), dan Ghazzah.

Di Western Union, jumlah penduduk orang Islam adalah sebanyak 90% dan selebihnya adalah Yahudi. Kawasan ini mengiktiraf negara ini sebagai negara Palestin dan warganegara Palestin akan masuk ke kawasan ini dari Jordan dengan cop Palestin pada pasport mereka. Namun, di sempadan kawasan ini dipenuhi dengan cekpoin-cekpoin yahudi yang sentiasa berkawal. Pelajar-pelajar Malaysia tidak dapat masuk ke kawasan ini.


Di Ghazzah pula jumlah penduduk Islam adalah sebanyak 100%. Kawasan ini merupakan tanah di mana penduduk Palestin dikurung dan dihalang segala jenis hantaran makanana dan ubat-ubatan. Penduduk-penduduk di sini dihalang daripada menerima segala jenis bantuan dari luar ataupun untuk keluar berpindah ke tempat lain.

Kawasan yang ketiga pula adalah Palestin 1948 (kalau perasan ana tulis dalam font style Italic). Kawasan ini merupakan kawasan 90% penduduk Yahudi laknatullah. Sebab ana meng'italic'kan nama kawasan ini akan diterangkan sebentar lagi.

Kedudukan Masjidil Aqsa

Masjid Al-Aqsa terletak di bahagian West Bank, iaitu di bahagian birai kawasan tersebut (dalam peta, di Jerusalem). Walaupun Masjid ini terletak di West Bank, namun penduduk Palestin yang 90% daripada penduduk Islam tinggal di situ tidak boleh masuk ke Masjidil Aqsa. Mereka yang boleh ke Masjidil Aqsa hanyalah  mereka yang tinggal di kawasan Palestin 1948. Oleh itu, penduduk West Bank memang tidak berpeluang untuk ke Masjidil Aqsa kerana mereka tidak boleh masuk ke kawasan Palestin 1948. Ini kerana untuk masuk ke sana mereka memerlukan kewarganegaraan Israel. Bayangkan sahabat2 sekalian, betapa kejamnya yahudi...mereka menghalang orang-orang Islam daripada memasuki Masjid Al-Aqsa sedangkan mereka pada hakikatnya tidak berhak menghalangnya. Anas sendiri tidak pernah (kalau xsilap) ke Masjid Al-Aqsa kerana dihalang. Mungkin kalau beliau pernah pergi pun xkan cerita kot...

Mamnu' Syar'an Bii'tiraafi Bilaadi Israel


Header kat atas ni bermaksud "Dilarang Secara Syar'ie Mengiktiraf Negara Israel".

Adalah haram bagi kita umat Islam untuk mengiktiraf negara yang diduduki di Palestin hari ini adalah negara Israel. Ini kerana yahudi laknatullah telah merampas hak orang Islam dan sekiranya kita mengiktiraf mereka, maka ini bermakna kita bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Abadan! Tidak sama sekali!...Walaupun seluruh dunia mengiktiraf dan bahkan telah tertulis di peta-peta dunia namun kita umat Islam sekali-kali tidak akan mengiktiraf mereka. Mereka adalah penduduk haram! Seperti seorang tetamu yang menghalau tuan rumah dari rumahnya.

Semasa Anas menceritakan tentang peta Palestin (beliau lukis atas buku nota) Anas tanya kat kami, "Apakah kawasan yang selain West Bank dan Ghazzah?".

Ana jawab, "Israel?" (masa tu ana jahil lagi).

Kata Anas, "Kamu teruk, wahai Harith!(dalam nada yang lembut). Jangan kamu katakan kawasan ini Israel. Israel tidak punya hak di kawasan ini kerana ini adalah Palestin 1948".

Itulah dia. Sebab itulah kawasan itu dinamakan Palestin 1948, kerana menafikan kependudukan Israel di situ. Selepas Anas cakap macam tu ana tersentak dan rasa malu sekejap. Memang betul apa yang dikatakan Anas. Israel adalah apa yang dikatakan oleh mereka. Tetapi bagi kita, kita meyakini bahawa Palestin masih lagi Palestin.

Satu lagi adalah berkenaan student2 yang nak melawat Palestin. Ana tanya pendapat Anas tentang apa yang ana baca dalam buku "Rindu Bau Pohon Tin" oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ustaz Hasrizal cakap yang ramai ulama' telah mengeluarkan fatwa bahawa Haram kita pergi ke Palestin kecuali dengan niat untuk membebaskannya. Anas cakap, "Betul, sebab kalau kita nak masuk ke Palestin kita mesti melalui cekpoin2 Israel dan cop yang ditanda di Pasport kita menandakan kita mengiktiraf kependudukan Israel".

Apa Tugas Kita??


Sebelum kami ma'assalamah wailalliqa', Anas bagi sedikit kesimpulan tentang apa yang beliau ceritakan. Beliau bagi kat kami satu formula yang katanya merupakan hadith Nabi SAW. Formula itu adalah

[doa + amal = pertolongan Allah / Syahid di Jalan Allah]

Doa sahaja tidak mencukupi tanpa amal. Amal sahaja tidak mencukupi tanpa doa. Jika keduanya dilakukan, insyaAllah pertolongan Allah akan tiba atau kita sendiri mati dalam keadaan yang terpuji; sebagai Syuhada'.

Moga-moga post kali ini bermanfaat buat semua, terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, October 6, 2010

Salam vs. Assalamualaikum

Sudah menjadi budaya dalam kebanyakan masyarakat Melayu sekarang utk memberi dan mengucapkan salam hatta ketika ber'sms'. Alhamdulillah sunnah Rasulullah SAW ini dapat dijadikan amalan oleh masyarakat kita secara umum.

Namun apabila dibincangkan mengenai bab ucapan salam sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, mungkin setengah daripada kita tersentak dengan satu perkara. Ya, kalimah "salam" yang biasa digunakan ketika  menghantar mesej2 atau sms. Kalimah sebegini begitu banyak digunakan oleh remaja2 mahupun orang dewasa pada hari ini, dengan alasan untuk memudahkan dan juga menjimatkan masa. Post ni bukanlah untuk mengkritik sesuatu pihak yang tertentu dan menghukum siapa benar, siapa salah. Ia jelas bertentangan dengan tugas seorang. Da'ie iaitu untuk menyampaikan, bukan menghukum. Dalam hal ini, post ini adalah sekadar satu ruangan perbincangan dan pengumpulan dalil-dalil untuk renungan bersama. Moga2 ia membawa manfaat buat semua.

Firman Allah SWT:
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah yang lebih ‎baik atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala ‎sesuatu" (An Nisaa' [4]: 86).‎


Salam merupakan satu ucapan yang mulia yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Jika kita renungkan, ucapan salam mengandungi nilai memuliakan orang yang diberi salam. Maha suci Allah yang mensyari'atkan bahawa menjawab salam itu wajib iaitu lebih baik dengannya atau serupa dengannya. Apabila dua orang muslim bertemu, mereka mengucapkan kalimah salam kepada satu sama lain dan ucapan itu seolah-olah mengucapkan, "Wahai saudaraku seaqidah, selamatlah dan sejahteralah kamu di dunia dan akhirat disebabkan kamu telah beriman kepada Allah dan RasulNya".


Subhanallah! Alangkah indahnya ucapan salam itu sendiri..Cuba kita bayangkan setiap kali kita mengucapkan salam kepada seseorang, kita sebenarnya mendoakan kesejahteraan kepadanya dan yang diberi salam pula tidak menjawab kecuali lebih baik atau serupa dengannya.


Namun fenomena yang menjadi isu di sini adalah penggunaan kalimah "salam" sebagai ringkasan bagi ucapan "Assalamualaikum" yang biasa digunakan ketika berchatting atau menghantar sms dsbg. Tidak dinafikan, dunia sekarang mementingkan perkara yang ringkas dan penjimatan masa dalam melakukan sesuatu perkara menjadi prioriti. Namun kita perlu tahu bahawa Islam tidak pernah mencanggahi perubahan zaman dan Islam tidak akan mengikut perubahan zaman kecuali zaman yang mengikut landasan syariat Islam.


Berkata Imam Nawawi, “Ucapan salam minima dengan perkataan ‘assalamu’alaikum’, jika yang diberi salam seorang diri, maka minima dia mengucapkan ‘assalamu’alaika’, namun adalah lebih utama jika dia mengucapkannya dengan ‘assalamu’alaikum’, kerana kalimat ini mencakupi do’a bagi dirinya dan yang bersamanya (malaikat, pent.). Dan alangkah sempurna lagi dia menambahkan ‘warohmatullahi’ dan ‘wabarokatuh’, walaupun sebenarnya kalimat ‘assalamu’alaikum’ telah mencukupi.”


Renungkan duhai sahabat..Sanggupkah kita meninggalkan apa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita selaku ummatnya demi mengejar kesenangan dunia? (soalan ni mungkin agak over tapi layak direnungkan)


FAKTA: Orang-orang yahudi menggunakan kalimah "Shalom" untuk bersapa antara mereka. http://www.jewfaq.org/express.htm

Allah Ta'ala lebih mengetahui.




Thursday, September 2, 2010

Stephen Hawking



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana hari ni kita masih lagi berada dalam rahmat Allah SWT, di samping menikmati dua nikmat yg paling agung; iman dan islam.

Tadi sebelum buka email yahoo, ana ternampak satu berita dekat Yahoo! News. Tajuk dia, "Stephen Hawking changes his view on God". Diselubungi perasaan ingin tahu, ana pun tekanla dekat link tu. Keluarlah satu artikel yang dimulai dengan beberapa ayat yang berfont besar, berbunyi "God did not create the universe, says Hawking". boleh baca sendiri di sini. http://news.yahoo.com/s/nm/20100902/lf_nm_life/us_britain_hawking

Sayang, manusia yang begitu hebat 'kelogamannya', lantas menjadi hina kerana keangkuhannya terhadap Rabbnya.


عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
“Manusia itu logam. Barangsiapa yang terpilih semasa jahiliyyah, dia juga akan terpilih semasa Islam, sekiranya dia faham.”

Di dalam hadith, Rasulullah SAW menyebut bahawa manusia ini logam, bererti manusia memiliki berbagai-bagai kelebihan. Setiap seorang daripada manusia itu berbeza-beza kelogamannya. Dalam hal ini, Stephen Hawking memiliki kelogaman dalam bidang Physics. Namun Rasulullah juga menyebut bahawa mereka terpilih semasa jahiliyyah, dan juga semasa Islam sekiranya dia faham. Maksud hadith di sini adalah setiap kelogaman manusia itu boleh digunakan dalam dua jalan; jahiliyyah dan Islam. Syarat dalam menggunakan kelogaman kearah Islam adalah kefahaman.

Renunglah artikel di atas, bagaimana angkuhnya manusia dengan ilmu yang dimiliki. Ilmu manusia ibarat hanya setitis air daripada sebuah lautan yg luas. Namun, manusia lantas angkuh dan enggan mengakui hakikat penciptaannya dan penciptaan alam ini. Manusia yang berasal daripada setitis mani yang hina. Diciptakan oleh Allah dan disempurnakan penciptaannya daripada segala makhluk yang lain. Ditiupkan roh dan diberi akal. Diberikan tugas untuk menjadi hamba dan khalifah. Namun sayang, semuanya disalahgunakan ibarat sebuah kerusi yang dicipta untuk duduk tetapi digunakan untuk memukul manusia. Sensitiviti kita terhadap perkara ini sudah cukup untuk menyedarkan kita bahawa tugas kita masih banyak. Perjuangan kita masih lagi diperlukan. 


Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (Al-Mulk, 3-4)

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembangkan sayapnya dan mengatupnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (Kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk, 19)



Kuatkanlah iman kita dan janganlah cepat kita terkesan dengan artikel2 dan cara-cara pemikiran kafir la'natullah. InsyaAllah sama-sama kita mohon daripada Allah supaya diperkuatkan iman kita dan diberikan hidayah kepada kita semua dan juga mereka agar Islam dapat dibuktikan kebenarannya. Allahu Akbar!






Qamiish

Salaamullahi 'Alaykum Ayyuhal Qaari'uun

Hari ni ana spend waktu petang pergi cari baju raya. Plan asal nak pergi pukul 12 lagi, tapi adik pulak tiba-tiba suruh ambik dari sekolah. Potong betul. Tapi takpe...Ana dan Bee dengan komited menukar plan utk pergi cari baju raya lepas ambik semua adik2 dari sekolah. Nak buat mcm mana, tak bestla cari baju raya kalau tengah sibuk dengan hal lain. Last2 pegilah dalam pukul 2.15 pm.

Baju raya tahun ni hajatnya nak lain sikit daripada tahun2 lepas. Kalau dulu selalu pakai baju melayu sepasang bersamping. Setiap tahun pulak keluarga ana buat warna tema. Disebabkan sepupu mak ana (tukang jahit baju) dah berhenti menjahit, terpaksalah cari baju suku2. So, nilah agaknya peluang ana nak cari baju yang berbeza sikit daripada dulu. Sebenarnya berbeza banyak..sebab tahun ni ana fikir2 nak pakai jubah untuk raya pertama. Saja, bila lagi nak memartabatkan pakaian sunnah? Sebelum ni asyik pakai baju melayu je...Apa ada pada melayu sebenarnya? Saje je nak mencetuskan kontroversi..hehe..

Betul ke pemakaian jubah ni sunnah sebenarnya?..hmm...Jom kita tengok jawapannya dari www.ustadzaris.com..


Ada hadits yang menunjukkan bahwa model pakaian yang paling disukai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah gamis (sejenis jubah), karena dengan gamis lebih menutup tubuh daripada memakai izar dan rida (pakaian atasan dan bawahan seperti yang dipakai orang yang sedang berihram).
Pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terkadang orang-orang Arab memakai izar dan rida, kadang juga memakai gamis, akan tetapi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih menyukai gamis karena alasan di atas. Selain itu gamis terdiri hanya satu potong saja sehingga mudah dikenakan daripada memakai izar terlebih dahulu kemudian memakai rida. Meskipun demikian, seandainya Anda tinggal di satu tempat yang terbiasa memakai izar dan rida lalu Anda berpakaian sebagaimana lumrahnya masyarakat maka tidaklah berdosa. Yang penting jangan sampai menyelisihi jenis pakaian yang biasa dipakai di tengah-tengah masyarakat. Karena dengan memakai pakaian yang berbeda dengan yang dikenakan masyarakat setempat, akan terkesan lebih menonjol daripada orang disekitarnya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang mengenakan pakaian yang menyebabkan seseorang tampak lebih menonjol daripada yang lainnya. (Lihat Penjelasan Syaikh Utsaimin dalam Syarah Riyadhus Shalihin Cetakan Dar wathan Juz 7 hal 303)
Beliau juga mengatakan, “Perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang dikarenakan faktor budaya masyarakat saat itu, hukum mengikuti dan mengerjakannya adalah dianjurkan akan tetapi bukan dari aspek model perbuatan namun jenis perbuatannya. Contohnya adalah di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam masyarakat terbiasa mengenakan izar rida’ dan surban sering-seringnya. Tentang hal ini kami katakana orang yang hidup dimasa itu hendaknya mengenakan pakaian seperti itu. Ini merupakan yang paling utama dan yang paling baik supaya tidak “nyleneh” dari masyarakat sekelilingnya. Alasan yang lain adalah agar pakaian yang di kenakan tidak menyebabkan popularitas. Tetapi jika kita ingin menerapkan hal tersebut di masa saat ini, kita datang ke masjid dengan mengenakan izaar rida’ dan surban maka tentu akan kami katakan ini adalah pakaian yang menyebabkan popularitas dan tidak dianjurkan. Bahkan yang dianjurkan adalah kita mengenakan model pakaian yang biasa dipakai di tengah-tengah masyarakat kita. Oleh karena itu para shahabat, tatkala menaklukkan berbagai negeri mereka mengenakan pakaian sebagaimana pakaian masyakarat setempat.
Hal tersebut bertujuan supaya tidak tampil beda dan jadi bahan gunjingan banyak orang. Jika kita memakai pakaian yang tampil beda maka masyarakat akan mengatakan A itu demikian dan demikian atau bahkan dijadikan bahan guyonan oleh karena itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang ummatnya untuk mengenakan pakaian yang menyebabkan popularitas.” (HR Ahmad no 5631, Abu Dawud 4029 dll. Hadits ini dihasankan oleh Imam Mundziri dan al-Ajaluni)
Jadi, perbuatan yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan karena mengikuti tradisi masyarakat setempat itu dianjurkan jenis perbuatannya dan bukan modelnya.” (Syarah Nadzam al-Waraqat karya Syaikh Utsaimin hal 134-135 cetakan Dar al’Aqidah)

Wednesday, September 1, 2010

Wasilah Berdakwah

Assalamualaikum warahmatullah.
Semoga sentiasa berada dlm lindungan rahmat daripada Allah SWT.

Sebenarnya, inilah first post ana di sini. Ramai yang cakap ana ni hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula semangat nak buat blog, tapi bila dah buat, malas pulak nak post. Dah agak lama blog ni menyepi sebenarnye, tapi bila banyak tengok blog kawan-kawan lain, barulah ana sedar bahawa blogging ni sebenarnye salah satu daripada media dakwah yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan mesej-mesej Islam dan juga memberi tazkirah. Alhamdulillah, hari ini siaplah jugak satu post sekadar untuk renungan semua.

Bercakap pasal dakwah, ramai daripada kita memikirkan berbagai-bagai cara dan wasilah dalam menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik" [An-Nahl : 125]


Dunia teknologi yang begitu sofistikated pada hari ini memungkinkan kita untuk berdakwah dalam apa jua cara; blog, penulisan, nasyid, forum di kaca tv, dll. Sebahagian daripada kita betul-betul menumpukan terhadap satu jalan itu untuk menyampaikan dakwah. Namun, adakah benar dengan dakwah melalui cara tersebut, manusia akan terkesan? Satu persoalan yang agak kontroversial..tetapi layak untuk difikirkan bersama. Memang, cara-cara dakwah sebegini sememangnya mempunyai satu nilai dan satu impak terhadap masyarakat kita. Namun, adakah kita lupa bagaimana perjuangan Rasulullah saw dalam menyebarkan risalah Allah dan mengubah hati masyarakat jahiliyyah ketika itu? Bukankah Rasulullah dan para sahabat telah melalui pelbagai onak dan duri yang secara jelas menguji keimanan mereka.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
”Kerana kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu”. [Q.S. Faathir : 43]


Renunglah, pembaca sekalian. Telah menjadi sunnatullah bahawa dalam menyebarkan dakwah, seseorang da'ie perlu merasakan kepahitan, kehinaan dan tohmahan daripada masyarakat. Adalah menyedihkan kita sikap sesetengah muslim yang berkata, "buat apa ambil jalan susah dalam berdakwah? Kan zaman sekarang ni dah ada macam-macam kemudahan..gunakanlah!". Tidak dinafikan, kemudahan pada zaman ini boleh digunakan untuk berdakwah. Namun, dakwah secara ini ibarat hal-hal yang sunat dan hanya diterima sekiranya hal-hal yang wajib telah dilaksanakan. Dalam hal ini, perkara wajib itu adalah berdakwah seperti Rasulullah saw berdakwah, iaitu dengan menyampaikan (tabligh). 


Kita tidak akan dapat mengubah sunnatullah ini, iaitu setiap kali berdakwah, pasti dibangkang dan dipandang hina oleh masyarakat. Maksud firman Allah SWT:


“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?…” Surah Al-Baqarah ayat 214.


InsyaAllah, sama-sama kita renungi bersama. Jika kita mahu melihat kembali kegemilangan Islam sepertimana gemilangnya Islam suatu masa dahulu, kita perlu amalkan apa yang telah diamalkan oleh pencetus Kegemilangan Islam itu sendiri, iaitu Qudwah kita, Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita termasuk dalam golongan mereka yang memperjuangkan agama Allah dan mendapat kesudahan yang baik (husnul khaatimah).


Wallahu a'lam