Cari, cari, carilah...

Tuesday, December 21, 2010

Dikaulah sahabatku

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakaatuh


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
Kenapa kanak-kanak, mahupun orang dewasa sering menginginkan sesuatu yang manis? Gula-gula, aiskrim, kuih-muih, semuanya dinikmati oleh mereka. Soalan ini sudah tidak perlu dijawab dan tidak perlu difikir panjang. Semua orang tahu bahawa sesuatu yang manis menjadi tarikan atau galakan untuk seseorang melakukan ataupun mendapatkan sesuatu. Begitulah juga iman kita. Selagi kita tidak dapat merasai kemanisan iman, selagi itulah tidak akan terasa dalam diri sanubari kita untuk meningkatkan iman kita.
Alhamdulillah, Rasulullah SAW telahpun memberikan kepada kita satu 'guideline' untuk mencapai kemanisan iman. Seperti yang diterangkan dalam hadith di atas, tiga perkara yang mewujudkan kemanisan iman adalah mencintai Allah dan rasulNya melebihi yang lain, Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan membenci jika diri dicampakkan kedalam neraka.
InsyaAllah post ini ana akan cuba memberikan sedikit sebanyak pandangan ana tentang perkara yang kedua, iaitu mencintai seseorang semata-mata kerana Allah SWT, sambil berkongsi tentang hadith ini yang telah ana pelajari sewaktu tingkatan 4 dulu (tazkirah kepada yang telah belajar). Kalau ada yang tersilap atau tertinggal poin atau nak tambah apa-apa, sila tinggalkan komen.


Apa maksud mencintai seseorang hanya kerana Allah Ta'aala? Dalam hal ini kita ketepikan dahulu soal cinta remaja, nikah kahwin dll. Kita cuba fokuskan perbincangan ini dalam konteks persahabatan. Kebanyakan daripada kita mempunyai ramai kawan, bermula dari tadika hingga ke universiti. Tidak kurang juga yang mempunyai sahabat pena ataupun berkawan melalui facebook, friendster (ade org gune lg ke?) dll. Namun, mungkin ramai yang tidak berapa jelas matlamat mereka dalam berkawan. Suasana di Jordan, apabila kita berkawan dengan orang-orang Arab yang 'juruh' atau berpegang pada agama, mereka akan mengucapkan kepada kita, "Uhibbuka Fillah". Perhatikan bagaimana mereka meletakkan satu tujuan yang jelas dalam sebuah persahabatan. Sebuah persahabatan yang menjanjikan satu ikatan yang kukuh dalam perjuangan. Sebuah persahabatan yang tulus ikhlas bersaksikan Yang Maha Melihat.

Persahabatan kerana Allah juga bukan hanya terletak pada kemanisan bibir yang mengucapnya sahaja. Ia hendaklah diikuti dengan niat di hati dan dizahirkan dengan perbuatan. Macam mana tu? Kita seharusnya meneliti apakah maksud yang tersirat dalam terma 'kerana Allah' ini. Bersahabat kerana Allah, pada ana terdapat 2 keadaan; kita bersahabat dengan seseorang itu kerana kesatuan fikrah dalam perjuangan Islam dan kita bersahabat dengan seseorang kerana ingin membawanya kejalan Allah. Fikirkan hakikat ini, sahabat-sahabat sekalian...Jika kita bersahabat dengan meletakkan cara sebegini, insyaAllah kita bakal merasakan kemanisan iman (di samping 2 perkara lagi yang disebutkan oleh Rasulullah SAW).

Moga-moga kita dikurniakan ikhlas dalam segala perbuatan kita, insyaAllah.



No comments: