Cari, cari, carilah...

Wednesday, September 1, 2010

Wasilah Berdakwah

Assalamualaikum warahmatullah.
Semoga sentiasa berada dlm lindungan rahmat daripada Allah SWT.

Sebenarnya, inilah first post ana di sini. Ramai yang cakap ana ni hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula semangat nak buat blog, tapi bila dah buat, malas pulak nak post. Dah agak lama blog ni menyepi sebenarnye, tapi bila banyak tengok blog kawan-kawan lain, barulah ana sedar bahawa blogging ni sebenarnye salah satu daripada media dakwah yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan mesej-mesej Islam dan juga memberi tazkirah. Alhamdulillah, hari ini siaplah jugak satu post sekadar untuk renungan semua.

Bercakap pasal dakwah, ramai daripada kita memikirkan berbagai-bagai cara dan wasilah dalam menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik" [An-Nahl : 125]


Dunia teknologi yang begitu sofistikated pada hari ini memungkinkan kita untuk berdakwah dalam apa jua cara; blog, penulisan, nasyid, forum di kaca tv, dll. Sebahagian daripada kita betul-betul menumpukan terhadap satu jalan itu untuk menyampaikan dakwah. Namun, adakah benar dengan dakwah melalui cara tersebut, manusia akan terkesan? Satu persoalan yang agak kontroversial..tetapi layak untuk difikirkan bersama. Memang, cara-cara dakwah sebegini sememangnya mempunyai satu nilai dan satu impak terhadap masyarakat kita. Namun, adakah kita lupa bagaimana perjuangan Rasulullah saw dalam menyebarkan risalah Allah dan mengubah hati masyarakat jahiliyyah ketika itu? Bukankah Rasulullah dan para sahabat telah melalui pelbagai onak dan duri yang secara jelas menguji keimanan mereka.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
”Kerana kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu”. [Q.S. Faathir : 43]


Renunglah, pembaca sekalian. Telah menjadi sunnatullah bahawa dalam menyebarkan dakwah, seseorang da'ie perlu merasakan kepahitan, kehinaan dan tohmahan daripada masyarakat. Adalah menyedihkan kita sikap sesetengah muslim yang berkata, "buat apa ambil jalan susah dalam berdakwah? Kan zaman sekarang ni dah ada macam-macam kemudahan..gunakanlah!". Tidak dinafikan, kemudahan pada zaman ini boleh digunakan untuk berdakwah. Namun, dakwah secara ini ibarat hal-hal yang sunat dan hanya diterima sekiranya hal-hal yang wajib telah dilaksanakan. Dalam hal ini, perkara wajib itu adalah berdakwah seperti Rasulullah saw berdakwah, iaitu dengan menyampaikan (tabligh). 


Kita tidak akan dapat mengubah sunnatullah ini, iaitu setiap kali berdakwah, pasti dibangkang dan dipandang hina oleh masyarakat. Maksud firman Allah SWT:


“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?…” Surah Al-Baqarah ayat 214.


InsyaAllah, sama-sama kita renungi bersama. Jika kita mahu melihat kembali kegemilangan Islam sepertimana gemilangnya Islam suatu masa dahulu, kita perlu amalkan apa yang telah diamalkan oleh pencetus Kegemilangan Islam itu sendiri, iaitu Qudwah kita, Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita termasuk dalam golongan mereka yang memperjuangkan agama Allah dan mendapat kesudahan yang baik (husnul khaatimah).


Wallahu a'lam



1 comment:

`Izzati Idris said...

salam.
wah,classrep pn dh berblog!!
ahlin2.
pengisian blog yg bagus.
truskan usaha dakwah anda,may be blessed by HIM.