Cari, cari, carilah...

Sunday, February 6, 2011

Saya Kurang Setuju...

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


AMARAN: POST INI BERBAUR POLITIK..

Pertama sekali, ana ingin tekankan bahawa tajuk post di atas adalah 'Saya KURANG Setuju' dan bukan 'Saya TIDAK Setuju'. Sengaja ana gunakan perkataan tersebut daripada yang kedua supaya nampak lebih berlembut dan tidak berkepentingan politik. Kalau ana gunakan perkataan 'Tidak', bermakna ana secara terang-terangan dan sebelum membuat apa-apa penilaian lagi sudah menolak sesuatu pemikiran itu atas kepentingan parti tertentu.

Ana tidak banyak didik tentang politik, ataupun mungkin ana sendiri enggan berjinak dengan isu2 politik. Perang politik yang tiada penghujung, membuatkan ana 'fed up' dan terus mengabaikan isu2 politik semasa. Mungkin inilah yang berlaku terhadap sesetengah individu yg menghadapi masalah yg sama. Tetapi apa yang ingin ana luahkan adalah daripada isi hati ana sendiri, kerana semakin ana membesar dan belajar, semakin ana rasakan bahawa kita PERLU cakna tentang politik negara kita, kerana kitalah pelapis pimpinan negara akan datang.

OK2, apa yang kurang setuju tu??

http://chedet.co.cc/chedetblog/

Ni adalah link kpd blog Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang tidak. Ana dahpun baca blog ini dan ada beberapa poin yang ana rasakan perlu untuk diluahkan, kerana rasa tanggungjawab itu ada, untuk melontarkan pendapat sebagai seorang yang berlatar belakangkan sekolah agama, sebagai seorang yang TAHU bagaimana ADAB kita terhadap para ulama'...

Harap pandangan ana ini dapat difikirkan dan jika ada tambahan atau pendapat yg bertentangan, insyaAllah kita bincangkan.

Politik
Ana terbaca di ruangan komen yang mengatakan PAS (di sini merujuk kpd Tok Guru Nik Abdul Aziz) tidak pandai berpolitik. Pengomen (betul ke prkataan ni?) mencadangan Tok Guru dan pengikut2nya merujuk kembali erti POLITIK. Beliau menganggap PAS tersalah dalam menafsirkan perkataan POLITIK.

Ana tertanya, siapakah yang layak menafsirkan erti politik? Sebagai seorang muslim (m bukan M) ana rasakan tidak layak untuk kita rujuk perlembagaan-perlembagaan selain Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber utama.

Teringat pengajian Sirah di sekolah dahulu, Rasulullah SAW memang menjalankan dasar politik. Mengapa dikatakan Islam itu bukan politk sedangkan tokoh terbesar Islam sendiri menggunakan politik untuk menjalankan dasar2 Islam dalam sesebuah negara. Yang paling penting di sini adalah Allah mestilah menjadi tujuan yang utama, bukan perpaduan sesama kaum atau bangsa yang tertentu.

PAS BERSUBAHAT DENGAN KAFIR?
Seperti yang ana tulis di atas tadi, ana rasa bertanggungjawab untuk meluahkan isi hati sebagai seorang yang tahu akan adab terhadap para ulama', kerana ana tahu seorang ulama' yang thiqah dan soleh yang dilahirkan daripada para murabbi yang mantap tidak akan bertindak mengikut hawa nafsu, sebaliknya mengikut ilmu yang ada padanya. Jadi ana rasa tidak wajar untuk kita menuduh seorang ulama' itu sesuka hati. Adalah lebih baik kita bersangka baik terhadap ulama' kerana mereka punya ilmu dan mereka merasakan bahawa mereka cetek ilmu, sedangkan kita tiada ilmu dan kita merasakan kita sudah cukup ilmu..

Isu yang timbul adalah PAS membuat pakatan dengan DAP dan dikatakan PAS bersubahat dengan kafir semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Marilah kita rujuk kembali Sirah perjuangan Rasulullah SAW, bagaimana perjanjian Hudaibiyyah dilaksanakan antara Rasulullah SAW dan ahli Madinah, yang ketika itu juga melibatkan orang-orang Yahudi di Madinah.

Adakah Baginda membuat perjanjian dengan Yahudi bermakna Baginda SAW bersubahat dengan mereka? Tentu sekali tidak. Maka...?

NAK IMPROVE KE TAK?
Satu lagi isu yang dibangkitkan adalah PAS mendakwa Negara Malaysia tidak Islamik. Maka Yang Berbahagia Penulis (Siapa ya?) blog tersebut menegaskan bahawa pembesar-pembesar Melayu pada zaman British dulunya langung tidak mempunyai nilai Islam dalam kehidupan mereka.

Sahabat-sahabat, patutkah kita bandingkan yang buruk dengan yang lebih buruk supaya yang buruk kelihatan baik? Lebih-lebih lagi dalam bab agama, perbandingan perlu dibuat dengan sesuatu yang lebih baik supaya kita dapat improve.

"Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?"

Sistem di Malaysia sudah Islamik?

Sistem yang efektif adalah sistem yang diamalkan oleh perekanya sendiri.

Rasanya setakat ini sahaja dulu buat masa ini. InsyaAllah apa2 yang terkurang mungkin boleh ditambah dan jika ada mana2 pihak yang terasa ana memohon ribuan kemaafan. Tulisan ini hanyalah isi hati yang mampu ana luahkan. Moga2 bermanfaat.

Wallahu a'lam bissowaab

5 comments:

timme said...

ana kurang faham jugak pasal politik...

tp,ade jugak bace cket2 pasal politik,so that x de la terkejut beruk or terkena kejutan budaya bila disuruh mengundi nnti..

ade bape blog yg mungkin boleh dibace untuk tambah cket2 pengetahuan

blog ni x memihak kat sape2

http://ridhuantee.blogspot.com/

Ahmad Harith bin Zabidi Azhar said...

Terima kasih atas perkongsian..

qalamulhazin said...

salam.. ana tidak berpihak kepada mane2 pihak.. xpi secara dasarnya yang ana tgk..di Malaysia sudah berpecah kepada dua aliran pemikiran politik.. yg pertama.. parti yang memperjuangkan nasionalisme tanpa menghiraukan agama.. dan parti yg memperjuangkan agama tanpa menghiraukan bangsa.. dimana yang betul? sabda nabi : janganlah kamu berasobiah ke arah kezaliman. (xingat mcm mner full sabda nabi).. dlm kes ini.. ana melihat kepada satu penyelesaian.. kefahaman fikrah dlm usaha memertabatkan melayu.. yaitu.. bina satu kesepakatan antara dua parti terbesar dinegara yg majoritinya melayu..yg mana kesemuanya Islam, dlm menjaga kestabilan agama Islam.. bila ckp melayu.. semuanya Islam..apabila melayu bersepakat..Islam berdaulat...

hafizquran said...

salam. sebagai mahasiswa, teruskan menulis. hari ini orang yang tidak cakna politik tidak lagi relevan, itu hakikatnya.

apa maksud muslim (m bukan M) ?

Ahmad Harith bin Zabidi Azhar said...

Waalaikumussalam

m tu maksudnya dalam erti kata perbuatan (kata kerja) dan bukan kata nama semata-mata