Cari, cari, carilah...

Monday, January 24, 2011

Rahsia Keuntungan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Realiti kehidupan pada zaman sekarang memaksa manusia untuk mencari sumber rezeki bagi menampung hidup. Semakin hari, semakin mencabar. Kemajuan arus teknologi yang meningkat seiring dengan cabaran taraf hidup manusia. Bertuah manapun kita, semua orang perlu berlumba-lumba untuk menjamin hidup mereka. Dunia sekarang adalah sebuah dunia yang direbut. Siapa cepat, dia dapat. Oleh itu, mulalah manusia mencari-cari jalan menambah harta mereka bukan setakat yang boleh, tetapi sebanyak yang boleh. Ini merupakan lumrah manusia sebagaimana yang diceritakan oleh nabi kita; jika manusia diberikan segunung emas, maka dia akan meminta yang kedua, dan begitulah seterusnya. Dengan itu, sebarang usaha yang meningkatkan tahap kekayaan seperti menjual saham akan dilihat sebagai sesuatu yang amat penting.

Namun, post ini bukan bertujuan untuk membincangkan hal tersebut. Pendahuluan di atas hanyalah ingin memberikan sedikit gambaran tentang pentingnya sesuatu itu pada suatu masa (seperti yang dijelaskan, duit penting di didunia). Ana teringat seorang guru semasa tingkatan 3 pernah menceritakan tentang perkara ini (credits to Sir Abdullah Saad). Tali pusat seorang bayi sangat diperlukan semasa berada di alam rahim. Tanpa tali pusat, tidak mungkin bayi tersebut boleh mendapatkan nutrien2 penting daripada si ibu. Tetapi selepas bayi lahir di dunia, tali pusat tadi langsung tidak bermakna, bahkan dipotong dan dibuang seakan-akan seseuatu yang hina. Cuba kita tukarkan tali pusat tadi kepada harta kekayaan. Harta kekayaan mungkin sangat penting di dunia, namun adakah ia berguna di alam yang belum lagi kita lalui dan tetap AKAN dilalui? Apa yang berguna di alam sana adalah pahala yang kita kumpulkan di dunia ini. Jika kita sedar akan hal ini, mindset kita akan berubah. Apabila disebut sahaja perkataan 'saham' kita akan terbayangkan saham akhirat yang akan memberikan manfaat buat kita di alam yang kekal, insyaAllah.

I want everything is done my way!

Pernahkan anda alami keadaan di mana sedikit kefahaman kita tentang Islam akan mendorong kita untuk berharap bahawa semua manusia mempunyai kefahaman sepertimana kita? 

"Mengapalah umat Islam berpecah sedangkan pandangan akulah yang paling betul dan jika semua umat Islam mengikut satu pandangan ini, sudah tentu mereka tidak berpecah!". 

Kalau boleh kita mahukan seluruh dunia ini mengikut cara kita sahaja. Rahsianya adalah pada penyampaian. Jika semua orang boleh praktikkan amalan menyampaikan ini, insyaAllah semua orang akan mendapat saham masing-masing (maksud saham di sini adalah saham yang telah ditukar mindset). Oleh itu, apa-apa sahaja tazkirah, ilmu ataupun hikmah yang berguna yang kita terima daripada sesiapa sahaja, sampaikanlah kepada sahabat-sahabat serta ahli keluarga dan semua orang dan mintalah mereka sampaikan kepada orang lain pula. Janganlah kita simpan ilmu tersebut untuk diri sendiri sahaja. Kerana apa?

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" (Hadith Riwayat Bukhari)

Jika diteliti kembali sirah perjuangan Nabi SAW, agama Islam dibawa oleh nabi seorang diri. Kemudian diajaknya kaum-kaum kerabat dan sahabat handai. Setelah itu kaum-kaum kerabat dan sahabat handai ini pula menyampaikan Islam kepada kaum kerabat mereka dan sahabat mereka. Begitulah Islam tersebar. Cuba kita bayangkan berapa banyak saham yang telah dikumpul oleh mereka sehingga Islam sampai kepada kita pada hari ini?

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengatakan 
"لا إله إلاّ الله" maka dia adalah seorang da'ie (pendakwah).

Apa pula mindset yang perlu ada pada seorang pendakwah? Salah satu darinya adalah menyampaikan kepada semua. Ana teringat sebuah kisah yang diceritakan ketika Rasulullah SAW mula2 berdakwah di Makkah. Baginda serta sahabat2 terdekat mengunjungi setiap khemah orang yang mengerjakan haji (haji jahiliyyah) di Makkah pada waktu itu. Kesemua 99 buah khemah yang dilawati dan diseru oleh baginda Rasulullah SAW  kepada Islam ditolak. Tinggal sebuah khemah sahaja lagi yang belum dilawati. Rasulullah dan para sahabat tetap bertekad untuk berdakwah kepada jemaah di situ tanpa membuat apa-apa sangkaan awal yang dakwah mereka akan ditolak. Dengan takdir Allah swt, jemaah yang berada di khemah yang terakhir itu adalah jemaah yang datang dari Yathrib (Madinah). Dari situlah bertitik tolaknya berlaku perjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dan ahli Yathrib (Madinah). 

Bagaimana nak aplikasi?

Senang sahaja. Antara cara yang paling mudah adalah membuat link. Pada zaman moden ini, dengan kehadiran internet apa-apa sahaja senang disebarkan. Buat link apa-apa yang kita terbaca tentang Islam di dalam facebook atau apa-apa sahaja agar ilmu itu dapat dikongsikan bersama. Namun, tetap saya tidak nafikan bahawa kaedah menyampaikan secara face to face adalah yang terbaik kerana cara ini confirm sampai kepada penerima. Adapun kaedah link ini belum dapat dipastikan bahawa orang akan menekan link tersebut.

Nasihat-menasihati atau berpesan-pesan pada kebaikan. Selagi mana orang yang disampaikan itu mengamalkan apa yang kita pesankan atau nasihatkan, selagi itulah kita mendapat saham. Contohnya, ana berpesan supaya antum tidak meninggalkan solat sunat Dhuha. Ana mendapat saham selagi mana antum mengamalkannya, lebih-lebih lagi jika ia disebarkan lagi kepada orang lain. Begitulah seterusnya.

Sebagai pentutup, marilah kita sama-sama melihat kepada satu lagi hadith yang masyhur:


إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

3 comments:

zumiela7 said...

ape khabar harith?? anta blaja mane skrg??

Ahmad Harith bin Zabidi Azhar said...

Alhamdulillah ana sehat je...Sekarang ni ambk medic dekat JUST d Jordan...

BaiTiL a'tiQa said...

Alhamdulillah...
bermakna...

Salam Juang...