Cari, cari, carilah...

Monday, April 9, 2012

Pergi / Xpergi kelas...hak siapa??

bajet 1dinar pergi balik ni..hmmm...

Assalamualaikum...

Fuh, boleh tahan lamanya xupdate blog...tiba2 termotivasi nak tulis sedikit sesuatu (a little something) di ruangan ni...

Sekarang ni boleh dikatakan jadi satu fenomena, pelajar2 xhadir kelas. X kiralah di JUST ke Yarmouk ke, isu ni banyak disebut2 . Sampai Dr. di jamiah pun mengeluh, kenapalah pelajar2 Melayu sekarang macam ni ya...pelajar2 dulu semuanya baik2 je...

Hmm...

Terlintas pula kata2 seorang Dr waktu SGD (Small Group Discussion)..."Kalau korang rasa pergi kelas xdapat apa2 xpayahla datang kelas..saya pun dulu macam tu...saya bergantung kat buku teks je..". Maka tersengihlah mereka yang ada niat dihatinya ^^....

Jawapan yg sama, ketika MMJ tanyakan pendapat ayah saya tentang perkara ni, kata beliau, "kalau pelajar dapat gain lebih banyak dengan xpergi lecture, biarkanlah...universiti bukan tempat untuk memaksa dah.."


Keberkatan ilmu/jaga hati dr vs. dapat faham/score exam - pertarungan yang sangat sengit...keluarlah hujah masing2, antaranya:

"Pergi kelas kalau dlm keadaan terpaksa pun xguna"

"Xberkat kalau xg kelas"

"Datang kelas pun tido, baik stadi kat rumah"

"Kalau kelas pun malas pergi, xdjamin akan rajin pergi kerja"

pergh..semuanya hujah yang mantap2...dan memang dapat diterima oleh akal2 yang waras. cuma mana silapnya?

Keberkatan


Pernah terdengar satu hadith (tidak dapat dipastikan kesahihannya sebenarnya) tentang belajar dengan tidak berguru (buku) adalah belajar dengan syaitan. Walaupun status hadith ini tidak diketahui, tapi sebenarnya mungkin semua sudah maklum tentang berkatnya belajar berguru. Ilmu2 agama khususnya, (yang menjadi sumber perbincangan ni) tidak akan sampai kepada kita hari ini dengan sumbernya yang asal dan tidak diubah, tanpa adanya guru2 yang mewariskan ilmu2nya...

Bagi pelajar2 perubatan & pergigian pula (atau pengkhususan lain) mungkin isu yang timbul tidak sesirius ilmu agama, tapi wajar untuk kita bahaskan...sebab ilmu perubatan pun boleh aje disalah faham...silap2 terpotong urat orang xpasal...

Maka eloklah kita bincang kembali, di manakah keberkatan tu sebenarnya...kenapa berguru itu sebenarnya berkat??

Saya rasa tidak perlu untuk kita bahaskan keberkatan dari segi ghaibnya, kerana kita semua percaya tentang benda tu...tarbiyah yan kita lalui daripada kecil rasanya sudah cukup untuk menerima kenyataan bahawa keredhaan guru, keberkatan ilmu itu sendiri semuanya menyumbang dalam musafir seorang penuntut ilmu..

Cuma yang ingin saya cuba bawa adalah satu LOGIK, yang harapnya mampu diterima oleh semua, bahawa disyaratkan berguru itu adalah supaya ilmu yang ditimba itu adalah ilmu yang sebenar, authentic, original, raw, kaw dan yang sama waktu dengannya. Disyaratkan begitu supaya tidak ada ruang langsung bagi ilmu itu untuk diwarisi secara salah...sebab itulah di akhir zaman nanti Allah swt akan mencabut ilmu2 daripada umatnya dengan mematikan ulama'2...

Dalam erti kata lain, kita mahu memastikan penuntut2 ilmu itu mendapat SUMBER YANG ASLI dan KEFAHAMAN YANG SAMA serta tidak terpesong daripada ilmunya yang asal...

Maka kita konklusikan bahawa pergi kelas/berguru tu perlu, supaya ilmu yang kita dapat tu benar..setuju?



Baca Buku Lagi Faham Daripada Dengar Muhadharah (Kuliah)


Benar, benar dan benar...

"Membaca kunci ilmu"

Maka berlakulah bertembungan antara dua isu ni...tapi, kalau tengok balik xbertembung pun sebenarnya...cuba kita tengok balik...

kalaulah kita setuju statement yang pertama tadi, iaitu pergi kelas/berguru tu perlu, supaya ilmu yang kita dapat tu benar,

maka kita juga setuju yang kita perlu cari dulu ilmu tu sebelum mengesahkan ilmu tu...

makna?

baca dulu buku, kemudian pergi kuliah utk mengesahkan ilmu kita

mungkin ramai antara kita yang pergi kuliah, dengar sikit2, tersengguk sikit sebab mengantuk...then cuma dapat sedikit sahaja ilmu yang terpotong-potong...dalam hati tidak gelisah sebab ada lecture note (JUST terutamanya)...sebenarnya proses pencarian ilmu tu xtercapai dalam kuliah...tapi dapat bila baca lecture note...tapi bila nak mengesahkan ilmu tu?? Terlepas.....

Maka saya mencadangkan kepada kawan2 semua, marilah sama2 kita baca buku SEBELUM muhadharah (dengan guide daripada slide lah, kalau xnanti banyak sangat). Ini juga merupakan azam sistem baru buat diri saya sendiri.

dan kalau ada lagi yang tak hadir kelas, kalau dah pilihan dia biarkanlah...alam universiti xsama dengan alam kanak2...nak lentur buluh yg dah matang patah lah nnt...

Bittaufiq utk semua! =)






No comments: