Cari, cari, carilah...

Wednesday, October 6, 2010

Salam vs. Assalamualaikum

Sudah menjadi budaya dalam kebanyakan masyarakat Melayu sekarang utk memberi dan mengucapkan salam hatta ketika ber'sms'. Alhamdulillah sunnah Rasulullah SAW ini dapat dijadikan amalan oleh masyarakat kita secara umum.

Namun apabila dibincangkan mengenai bab ucapan salam sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, mungkin setengah daripada kita tersentak dengan satu perkara. Ya, kalimah "salam" yang biasa digunakan ketika  menghantar mesej2 atau sms. Kalimah sebegini begitu banyak digunakan oleh remaja2 mahupun orang dewasa pada hari ini, dengan alasan untuk memudahkan dan juga menjimatkan masa. Post ni bukanlah untuk mengkritik sesuatu pihak yang tertentu dan menghukum siapa benar, siapa salah. Ia jelas bertentangan dengan tugas seorang. Da'ie iaitu untuk menyampaikan, bukan menghukum. Dalam hal ini, post ini adalah sekadar satu ruangan perbincangan dan pengumpulan dalil-dalil untuk renungan bersama. Moga2 ia membawa manfaat buat semua.

Firman Allah SWT:
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah yang lebih ‎baik atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala ‎sesuatu" (An Nisaa' [4]: 86).‎


Salam merupakan satu ucapan yang mulia yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Jika kita renungkan, ucapan salam mengandungi nilai memuliakan orang yang diberi salam. Maha suci Allah yang mensyari'atkan bahawa menjawab salam itu wajib iaitu lebih baik dengannya atau serupa dengannya. Apabila dua orang muslim bertemu, mereka mengucapkan kalimah salam kepada satu sama lain dan ucapan itu seolah-olah mengucapkan, "Wahai saudaraku seaqidah, selamatlah dan sejahteralah kamu di dunia dan akhirat disebabkan kamu telah beriman kepada Allah dan RasulNya".


Subhanallah! Alangkah indahnya ucapan salam itu sendiri..Cuba kita bayangkan setiap kali kita mengucapkan salam kepada seseorang, kita sebenarnya mendoakan kesejahteraan kepadanya dan yang diberi salam pula tidak menjawab kecuali lebih baik atau serupa dengannya.


Namun fenomena yang menjadi isu di sini adalah penggunaan kalimah "salam" sebagai ringkasan bagi ucapan "Assalamualaikum" yang biasa digunakan ketika berchatting atau menghantar sms dsbg. Tidak dinafikan, dunia sekarang mementingkan perkara yang ringkas dan penjimatan masa dalam melakukan sesuatu perkara menjadi prioriti. Namun kita perlu tahu bahawa Islam tidak pernah mencanggahi perubahan zaman dan Islam tidak akan mengikut perubahan zaman kecuali zaman yang mengikut landasan syariat Islam.


Berkata Imam Nawawi, “Ucapan salam minima dengan perkataan ‘assalamu’alaikum’, jika yang diberi salam seorang diri, maka minima dia mengucapkan ‘assalamu’alaika’, namun adalah lebih utama jika dia mengucapkannya dengan ‘assalamu’alaikum’, kerana kalimat ini mencakupi do’a bagi dirinya dan yang bersamanya (malaikat, pent.). Dan alangkah sempurna lagi dia menambahkan ‘warohmatullahi’ dan ‘wabarokatuh’, walaupun sebenarnya kalimat ‘assalamu’alaikum’ telah mencukupi.”


Renungkan duhai sahabat..Sanggupkah kita meninggalkan apa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita selaku ummatnya demi mengejar kesenangan dunia? (soalan ni mungkin agak over tapi layak direnungkan)


FAKTA: Orang-orang yahudi menggunakan kalimah "Shalom" untuk bersapa antara mereka. http://www.jewfaq.org/express.htm

Allah Ta'ala lebih mengetahui.




No comments: