Cari, cari, carilah...

Wednesday, October 20, 2010

Bersama Anas el-Falestiini

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

InsyaAllah pada post kali ini ana berminat untuk kongsi sedikit pengalaman berbual dengan seorang sahabat Arab yang ana dan sahabat2 kenal di Masjid Jaami'ah Yarmouk, Irbid. Nama beliau adalah Anas. Anas berasal dari Palestin dan datang ke Jordan untuk mengambil kursus Master's Degree di Yarmouk University (xpasti takhassus ape).

Satu hari lepas solat maghrib di Masjid Jaami'ah, ana join sahabat ana yg tengah berbual-bual dengan Anas. Mula-mula diorang berbual pasal benda-benda biasa je..(kalau xsilap pasal beras nasi rasanya)..lepas tu entah macam mana masuk bab Palestin. Kat sinilah sebenarnya yang nak dijadikan cerita. Alhamdulillah selepas dengar cerita daripada Akhi Anas, mata hati ana lebih terbuka untuk mengenangkan nasib rakyat Palestin dan secara jujurnya dapat nampak dengan lebih jelas bagaimana sebenarnya kedudukan Gaza, Baitul Maqdis, West Bank & Palestin 1948. InsyaAllah pada post ini ana akan kongsikan setakat mana yang ana ingat dengan izin Allah Ta'aala.

Peta Palestin
\


Ini merupakan peta Palestine, secara mudah berbentuk tiga segi. Palestin ni terbahagi kepada tiga kawasan yang jelas; West Bank atau al-Dhuffah al-Gharbiyyah, Palestin 1948 (tertulis dalam peta sebagai Israel), dan Ghazzah.

Di Western Union, jumlah penduduk orang Islam adalah sebanyak 90% dan selebihnya adalah Yahudi. Kawasan ini mengiktiraf negara ini sebagai negara Palestin dan warganegara Palestin akan masuk ke kawasan ini dari Jordan dengan cop Palestin pada pasport mereka. Namun, di sempadan kawasan ini dipenuhi dengan cekpoin-cekpoin yahudi yang sentiasa berkawal. Pelajar-pelajar Malaysia tidak dapat masuk ke kawasan ini.


Di Ghazzah pula jumlah penduduk Islam adalah sebanyak 100%. Kawasan ini merupakan tanah di mana penduduk Palestin dikurung dan dihalang segala jenis hantaran makanana dan ubat-ubatan. Penduduk-penduduk di sini dihalang daripada menerima segala jenis bantuan dari luar ataupun untuk keluar berpindah ke tempat lain.

Kawasan yang ketiga pula adalah Palestin 1948 (kalau perasan ana tulis dalam font style Italic). Kawasan ini merupakan kawasan 90% penduduk Yahudi laknatullah. Sebab ana meng'italic'kan nama kawasan ini akan diterangkan sebentar lagi.

Kedudukan Masjidil Aqsa

Masjid Al-Aqsa terletak di bahagian West Bank, iaitu di bahagian birai kawasan tersebut (dalam peta, di Jerusalem). Walaupun Masjid ini terletak di West Bank, namun penduduk Palestin yang 90% daripada penduduk Islam tinggal di situ tidak boleh masuk ke Masjidil Aqsa. Mereka yang boleh ke Masjidil Aqsa hanyalah  mereka yang tinggal di kawasan Palestin 1948. Oleh itu, penduduk West Bank memang tidak berpeluang untuk ke Masjidil Aqsa kerana mereka tidak boleh masuk ke kawasan Palestin 1948. Ini kerana untuk masuk ke sana mereka memerlukan kewarganegaraan Israel. Bayangkan sahabat2 sekalian, betapa kejamnya yahudi...mereka menghalang orang-orang Islam daripada memasuki Masjid Al-Aqsa sedangkan mereka pada hakikatnya tidak berhak menghalangnya. Anas sendiri tidak pernah (kalau xsilap) ke Masjid Al-Aqsa kerana dihalang. Mungkin kalau beliau pernah pergi pun xkan cerita kot...

Mamnu' Syar'an Bii'tiraafi Bilaadi Israel


Header kat atas ni bermaksud "Dilarang Secara Syar'ie Mengiktiraf Negara Israel".

Adalah haram bagi kita umat Islam untuk mengiktiraf negara yang diduduki di Palestin hari ini adalah negara Israel. Ini kerana yahudi laknatullah telah merampas hak orang Islam dan sekiranya kita mengiktiraf mereka, maka ini bermakna kita bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Abadan! Tidak sama sekali!...Walaupun seluruh dunia mengiktiraf dan bahkan telah tertulis di peta-peta dunia namun kita umat Islam sekali-kali tidak akan mengiktiraf mereka. Mereka adalah penduduk haram! Seperti seorang tetamu yang menghalau tuan rumah dari rumahnya.

Semasa Anas menceritakan tentang peta Palestin (beliau lukis atas buku nota) Anas tanya kat kami, "Apakah kawasan yang selain West Bank dan Ghazzah?".

Ana jawab, "Israel?" (masa tu ana jahil lagi).

Kata Anas, "Kamu teruk, wahai Harith!(dalam nada yang lembut). Jangan kamu katakan kawasan ini Israel. Israel tidak punya hak di kawasan ini kerana ini adalah Palestin 1948".

Itulah dia. Sebab itulah kawasan itu dinamakan Palestin 1948, kerana menafikan kependudukan Israel di situ. Selepas Anas cakap macam tu ana tersentak dan rasa malu sekejap. Memang betul apa yang dikatakan Anas. Israel adalah apa yang dikatakan oleh mereka. Tetapi bagi kita, kita meyakini bahawa Palestin masih lagi Palestin.

Satu lagi adalah berkenaan student2 yang nak melawat Palestin. Ana tanya pendapat Anas tentang apa yang ana baca dalam buku "Rindu Bau Pohon Tin" oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ustaz Hasrizal cakap yang ramai ulama' telah mengeluarkan fatwa bahawa Haram kita pergi ke Palestin kecuali dengan niat untuk membebaskannya. Anas cakap, "Betul, sebab kalau kita nak masuk ke Palestin kita mesti melalui cekpoin2 Israel dan cop yang ditanda di Pasport kita menandakan kita mengiktiraf kependudukan Israel".

Apa Tugas Kita??


Sebelum kami ma'assalamah wailalliqa', Anas bagi sedikit kesimpulan tentang apa yang beliau ceritakan. Beliau bagi kat kami satu formula yang katanya merupakan hadith Nabi SAW. Formula itu adalah

[doa + amal = pertolongan Allah / Syahid di Jalan Allah]

Doa sahaja tidak mencukupi tanpa amal. Amal sahaja tidak mencukupi tanpa doa. Jika keduanya dilakukan, insyaAllah pertolongan Allah akan tiba atau kita sendiri mati dalam keadaan yang terpuji; sebagai Syuhada'.

Moga-moga post kali ini bermanfaat buat semua, terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, October 6, 2010

Salam vs. Assalamualaikum

Sudah menjadi budaya dalam kebanyakan masyarakat Melayu sekarang utk memberi dan mengucapkan salam hatta ketika ber'sms'. Alhamdulillah sunnah Rasulullah SAW ini dapat dijadikan amalan oleh masyarakat kita secara umum.

Namun apabila dibincangkan mengenai bab ucapan salam sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, mungkin setengah daripada kita tersentak dengan satu perkara. Ya, kalimah "salam" yang biasa digunakan ketika  menghantar mesej2 atau sms. Kalimah sebegini begitu banyak digunakan oleh remaja2 mahupun orang dewasa pada hari ini, dengan alasan untuk memudahkan dan juga menjimatkan masa. Post ni bukanlah untuk mengkritik sesuatu pihak yang tertentu dan menghukum siapa benar, siapa salah. Ia jelas bertentangan dengan tugas seorang. Da'ie iaitu untuk menyampaikan, bukan menghukum. Dalam hal ini, post ini adalah sekadar satu ruangan perbincangan dan pengumpulan dalil-dalil untuk renungan bersama. Moga2 ia membawa manfaat buat semua.

Firman Allah SWT:
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah yang lebih ‎baik atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala ‎sesuatu" (An Nisaa' [4]: 86).‎


Salam merupakan satu ucapan yang mulia yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Jika kita renungkan, ucapan salam mengandungi nilai memuliakan orang yang diberi salam. Maha suci Allah yang mensyari'atkan bahawa menjawab salam itu wajib iaitu lebih baik dengannya atau serupa dengannya. Apabila dua orang muslim bertemu, mereka mengucapkan kalimah salam kepada satu sama lain dan ucapan itu seolah-olah mengucapkan, "Wahai saudaraku seaqidah, selamatlah dan sejahteralah kamu di dunia dan akhirat disebabkan kamu telah beriman kepada Allah dan RasulNya".


Subhanallah! Alangkah indahnya ucapan salam itu sendiri..Cuba kita bayangkan setiap kali kita mengucapkan salam kepada seseorang, kita sebenarnya mendoakan kesejahteraan kepadanya dan yang diberi salam pula tidak menjawab kecuali lebih baik atau serupa dengannya.


Namun fenomena yang menjadi isu di sini adalah penggunaan kalimah "salam" sebagai ringkasan bagi ucapan "Assalamualaikum" yang biasa digunakan ketika berchatting atau menghantar sms dsbg. Tidak dinafikan, dunia sekarang mementingkan perkara yang ringkas dan penjimatan masa dalam melakukan sesuatu perkara menjadi prioriti. Namun kita perlu tahu bahawa Islam tidak pernah mencanggahi perubahan zaman dan Islam tidak akan mengikut perubahan zaman kecuali zaman yang mengikut landasan syariat Islam.


Berkata Imam Nawawi, “Ucapan salam minima dengan perkataan ‘assalamu’alaikum’, jika yang diberi salam seorang diri, maka minima dia mengucapkan ‘assalamu’alaika’, namun adalah lebih utama jika dia mengucapkannya dengan ‘assalamu’alaikum’, kerana kalimat ini mencakupi do’a bagi dirinya dan yang bersamanya (malaikat, pent.). Dan alangkah sempurna lagi dia menambahkan ‘warohmatullahi’ dan ‘wabarokatuh’, walaupun sebenarnya kalimat ‘assalamu’alaikum’ telah mencukupi.”


Renungkan duhai sahabat..Sanggupkah kita meninggalkan apa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita selaku ummatnya demi mengejar kesenangan dunia? (soalan ni mungkin agak over tapi layak direnungkan)


FAKTA: Orang-orang yahudi menggunakan kalimah "Shalom" untuk bersapa antara mereka. http://www.jewfaq.org/express.htm

Allah Ta'ala lebih mengetahui.